27 December 2011

WDB






Wild Dogs Brigade, Good Luck guys.
Ride safely.

Click here for more info -------> Tour of Peninsular (TOP)




*_*



Boleh ke aku teruskan semua ni?
Dengan rasa dan keadaan macam ni?
Sumpah keliru, kusut gila aku.
Apa sebenarnya yang jadi nanti?
Tolong bagi aku klu dan aku dah boleh siap sedia dari sekarang.
Mood hancur la, kalau hari-hari macam ni.


Awak.



Kalau tak boleh jangan paksa.
Saya yang terasa seksa kat sini.
Saya memang macam ni.
Saya tak tau nak ubah yang mana, yang macam mana lagi?
Saya rasa saya dah cukup menjaga.
Dan kalau awak tak suka/rimas bagi tau je.
Bagi tau je.
Jangan pulak tiba-tiba buat kejutan macam malam tadi. 
Serius, terkejut gila.
Itu baru amaran pertama.
Saya yang cuak gila sekarang. Tskkk tskkkkk :(


:(




Walau kau tiada di sini.
Ku tetap ingat semua pesanmu.
Ku hidup seolah-olah kau masih ada.
Bisikan kata kepadaku.

Bilakah kau akan utuskan surat buatku.
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu.

Oh patah seribu hatiku…
Bila mengenangkan segala yang kita bina.. bersama.
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi.

Biar pergimu tanpa relamu.
Namun hatiku tetap rasa.
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota.
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu.
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan.

Patah seribu hatiku.
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama.
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi.

Sayangku mohon padamu.
Segera tinggalkanku.
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju.
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku.
Pergilah.

-_-

Dalam erti kata lain, aku ni payah.
Bila bercakap, orang bosan dengar celoteh aku.
Bila pendam, inilah jadinya.
Baru tertidur tak sampai sejam dah terbawak dalam mimpi.
Aku rimas. Aku semak.
Nak simpan-simpan benda yang aku patut tau walaupun tak penting.
Mata mengantuk tapi nak sambung tidur macam mana?
Soalan belum ada jawapan?
Fikirkan.
Apa agaknya yang semak sangat kat kepala aku?
Aku ni agak complicated orangnya.
Semua benda aku nak tau dengan terperinci.
Sampai aku puas hati.
Dan sekarang hati aku belum rasa puas tapi aku cuba jugak pendam.
Biarlah, apa pun yang aku rasa.
Aku jugak yang telan nanti.
Semoga tidurku nanti dapat petunjuk apa sebenarnya yang terjadi?
Jangan harapkan peluang kedua dan jangan sesekali tipu diri sendiri.
Itu je pesanan untuk malam ni :)

25 December 2011

Rasa

Ia telah mengenyam derita dan tiran rasa
Ia mencuba tersenyum di bawah kepedihan
Desahannya adalah kepiluan yang terkomplikasi
Ia meletakan kondisi sehingga hatinya terkondisi

Ia derai air matanya hingga melaut dengan kesedihan
Ia membenci dan mengutuk hukum perasaan manusia
Ia terlahir dari pola fikiran dan kebijaksanaan setelah derita
Setelah ini, ia harus membangun jiwanya

Kekasihnya adalah dirinya sendiri
Ia bakar segala ketamakan dan kemunafikan
Yang kerap kali ia tak mampu melihat jiwanya
dan ia bahagia kerana rasa

Wanita ;- Akal Senipis Rambutnya

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. 
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. 
Masih mencari walau ada segalanya. 
Apa yang tiada dalam syurga? 
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. 
Untuk diluruskan oleh lelaki. 
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, 
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, 
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. 
Didiklah mereka dengan panduan darinya. 
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, 
kerana nantinya mereka semakin liar.

Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, 
kerana nantinya mereka akan semakin derita. 
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. 
Di situlah punca kekuatan dunia. 

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. 
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman.
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya.
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabbyna. 
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.
Ia bukan diskriminasi Allah, sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya.
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan.
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus.
Bahkan akan semakin membengkok.
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya.

Bila wanita menjadi derhaka, pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara.
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata.
Tapi binalah kepimpinan.
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya.

Jinakkan diri kepada allah.
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu.
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah 

Bimbang, Gelisah

Disini aku menanti
Bersama perasaan bimbang dan gelisah
Bimbang kerana kau jauh
Gelisah kerana kau bukan berada disisi

Pernahkah kau tau?
Apa yang aku rasa sekarang ni?
Aku gelisah, aku bimbang
Menanti kepastian

Aku selalu berharap
Kesetian mendampingi 
Supaya aku tak rasa lagi 
Perasaan yang kurang yakin yang selalu datang dalam perasaan ni

Cermin Diri



Ketika aku berdiri bagaikan sebuah cermin jernih di hadapanmu,
Kamu memandang ke dalam diriku dan melihat bayanganmu. 
Kemudian kamu berkata, Aku cinta kamu.
Tetapi sebenarnya, kamu mencintai dirimu dalam diriku

Hutang Kehidupan



Periksalah buku kenanganmu semalam, dan engkau akan tahu bahwa engkau masih berhutang kepada manusia dan kehidupan.


Hujan dan Musibah

“Tuhan turunkan hujan, untuk membuat pelangi muncul disebalik awan. Tuhan turunkan musibah, untuk mendesak Anda supaya berubah”.
Tahukah Anda, sikap Anda, perangai dan jati diri Anda tidak akan pandai berubah melainkan didesak untuk berubah oleh keadaan sekeliling?
Sebagai manusia, Anda tetap akan memerlukan sesuatu untuk merubah diri.
Anda perlukan cabaran untuk Anda maju ke hadapan.
Anda perlu musibah untuk membuat Anda berubah.
Tidak pula Anda meminta diturunkan musibah, sebaliknya dengan menghadapi musibah yang melanda, Anda akan mempelajari sesuatu yang baru.
Dari sinilah bermulanya proses penambahbaikan diri Anda dari tahap lama ke tahap baru.
Sebab, musibah membuat Anda merubah sikap, kata-kata, fikiran dan perbuatan. Kenapa begitu?
Masalah tidak akan selesai bila Anda masih dengan sikap lama, kata-kata lama, stail fikiran lama dan perbuatan lama.
Anda mesti ubah ke sikap baru, kata-kata baru, stail fikiran baru dan perbuatan baru.
Masalah sementara saja.
Namun masalah akan kekal apabila Anda tidak berubah. Bersangka baiklah dengan masalah.
Setiap masalah ada kebagusannya tersendiri, iaitu membuat Anda berubah menjadi orang baru dengan sikap baru yang dua kali ganda lebih bagus dari dulu.
Mulai sekarang, apabila Anda dilanda masalah, fokuskan fikiran kepada penyelesaian masalah. Fokuskan perbuatan kepada menyelesaikan masalah, bukan meratapi masalah.
Hanya orang terpilih saja yang akan dilanda masalah, sebab dari masalah itu dia akan berubah menjadi orang baru dengan sikap baru, attitude baru, perangai baru.
Sikap bersangka baik sepanjang masa pasti akan menguntungkan Anda.
Sikap bersangka buruk sentiasa merugikan Anda.


Fikiran Dan Samadi

Hidup menjemput dan melantunkan kita dari satu tempat ke tempat yang lain; Nasib memindahkan kita dari satu tahap ke tahap yang lain. Dan kita yang diburu oleh keduanya, hanya mendengar suara yang mengerikan, dan hanya melihat susuk yang menghalangi dan merintangi jalan kita.

Keindahan menghadirkan dirinya dengan duduk di atas singgahsana keagungan; tapi kami mendekatinya atas dorongan Nafsu ; merenggut mahkota kesuciannya, dan mengotori busananya dengan tindak laku durhaka.

Cinta lalu di depan kita, berjubahkan kelembutan ; tapi kita lari ketakutan, atau bersembunyi dalam kegelapan, atau ada pula yang malahan mengikutinya, untuk berbuat kejahatan  atas namanya.

Meskipun orang yang paling bijaksana terbongkok kerana memikul beban Cinta, tapi sebenarnya beban itu seiringan bayu pawana Lebanon yang berpuput riang.


Kebebasan mengundang kita pada mejanya agar kita menikmati makanan lazat dan anggurnya ; tapi bila kita telah duduk menghadapinya, kita pun makan dengan lahap dan rakus.

Tangan Alam menyambut hangat kedatangan kita, dan menawarkan pula agar kita menikmati keindahannya ; tapi kita takut akan keheningannya, lalu bergegas lari ke kota yang ramai, berhimpit-himpitan seperti kawanan kambing yang lari ketakutan dari serigala garang.

Kebenaran memanggil-manggil kita di antara tawa anak-anak atau ciuman kekasih, tapi kita menutup pintu keramahan baginya, dan menghadapinya bagaikan musuh.

Hati manusia menyeru pertolongan ; jiwa manusia memohon pembebasan ; tapi kita tidak mendengar teriak mereka, kerana kita tidak membuka telinga dan berniat memahaminya. Namun orang yang mendengar dan memahaminya  kita sebut gila lalu kita tinggalkan.

Malampun berlalu, hidup kita lelah dan kurang waspada, sedang hari pun memberi salam dan merangkul kita. Tapi di siang dan malam hari, kita sentiasa ketakutan.

Kita amat terikat pada bumi, sedangkan gerbang Tuhan terbuka lebar. Kita memijak-mijak roti Kehidupan, sedangkan kelaparan memamah hati kita. Sungguh betapa budiman Sang Hidup terhadap Manusia, namun betapa jauh Manusia meninggalkan Sang Hidup.


- Khalil Gibran

Pengaruh



Jasad entah kemana.
Akal dah tunggang terbalik.
Hati teawang-awang.
Nak bagi nama saintifik pun susah.
Adui -_-"

Bakal Tahun Baru



Terlalu genting dah waktu dan harinya.
2012 bakal menjelma.
Adakah semuanya bersedia atas semua kemungkinan yang sering diperkatakan?
Harap semuanya baik-baik saja lah.
Takda yang merisaukan dan memeningkan.
Dari sekaranglah kita dekatkan diri padaNya.
Mungkin masa dah tak cukup.
Semua yang diperkatakan itu jangkaan.
Siapa tahu kalau itu ada benarnya?
Jadi, bersiap sedia saja lah.

Selamat Malam



Matahari telah padamkan sinarnya,memisahkan kita setelah bersama.
Menjalani hari yang panjang,kini bulan telah hadir dengan indahnya.
Gemerlapan bintang yang bertabur di langit gelap malam ini.
Di sini di tempat yang sunyi ini aku sendiri,kesepian tanpa ada kau di sisi.
Aku hanya termenung di bawah sinar bulan dan bintang.
Ketika mata ini mulai terpejam aku ingin titipkan rasa rindu.
Melalui bulan dan bintang di langit, tak lupa aku untuk ucapkan selamat malam.
Semoga kita berjumpa di alam mimpi kita yang indah bersama bulan dan bintang.
Selamat Malam Cinta.
Aku tunggu kau di mimpi aku nanti.

23 December 2011

Berbaur

Macam-macam kenangan bermain di fikiran.
Tapi banyak rasa takut nak di bandingkan rasa suka.
Mungkin aku trauma bila teringatkan kau.
Aku serik bila terasa sakit.
Di maki, di pukul.
Aku takut semuanya berulang lagi.
Aku sakit bila sendiri.
Macam sekarang, macam-macam perasaan yang datang.
Semuanya megingatkan.
Semuanya datang dan hilangkan rasa suka yang ada.
Hilang segala senyuman untuk hari ini.
Aku takut.
Aku takut hilang lagi apa yang aku sayang.

Pelik.




Bagi aku takda istilah "Teman tapi mesra" dalam mana-mana perhubungan.
Itu semua nafsu semata-mata :)


Yang sepi, Yang hilang

Melaju dan menjauh
Menuju likungan jalan untuk kemudian hilang
Langkah-langkah kaki panjang pun yang pendek
Mengukur segenap arah
Sebelum datang sepi menitis larik puisi
Tanpa sekerat bunyi

Dalam Renungan

Kadang diam kadang sepi
Sunyi senyap hatiku lenyap
Tersungkur aku dihadapan kau
Tergamam aku dalam pelukan
Jalanan yang menuju tanah syurga
Telah terhapus diterpa hitam
Panah cinta yang berbusur duka
Sayap-sayap seribu patah
Terhempas angin bertiup lemah
Bertaburan bintang diangkasa dengan bulan ditemani malam
Aku cuba memejamkan mata
Memuja mimpi di alam maya

22 December 2011

Ibu

Maaf yang aku harus dahulukan untuk segala rasa.
Beribu dosa aku yang belum tentu terampun lagi.
Aku kesedihan mengenangkan kau disana.
Maaf, aku tak dapat bersama kau sekarang.
Aku nampak kau letih nak melayan karenah aku.
Kehendak, peragai dan bahasa yang kadang-kadang melukakan.
Jauh di sudut hati, teringin sangat melihat kau ketawa tanpa kekusutan yang cuba kau selindung.
Kau lalui bermacam kisah hidup yang kebanyakkannya pahit.
Yang manisnya boleh dihitung.
Dengan keadaan nenek yang bermacam ragam.
Kasih sayang suami jauh sekali.


Ibu,
Aku tak tau apa yang boleh buat kau rasa terus bahagia sepanjang hayat kau yang ada ni.
Aku buntu.
Dengan keadaan aku yang terumbang-ambing lagi disini.
Aku belum bersedia mahu kembali pulang.
Seharusnya aku bersama kau tapi aku dah menyimpang jauh, nak patah balik pun payah dah.
Aku teringin sangat nak dengar keluhan kau yang semakin tebal dalam hati.
Kau terlalu banyak memendam.
Terpamer segalanya di raut wajah walaupun kau tersenyum.


Ibu,
Aku tak tau apa caranya?
Yang boleh buat kau terasa bahagia
Yang boleh menghilangkan segala kekusutan yang ada.
Yang boleh kau lupakan segala kenangan silam.
Terlalu banyak pedihnya dari suka.
Aku tak berani nak bercakap tentang ini bila berhadap.
Takut menitik air mata kau.
Aku cuba karangkan sesuatu supaya kau dapat jelaskan apa yang aku tak tau.
Aku tersedu-sedu lagi macam semalam, menulis dan mengenangkan semua benda.
Satu demi satu aku hidupkan semula, aku rasakan perasaannya.
Ternyata, banyak yang melukakan.


Ibu,
Doakan aku dapat bersama kau semula suatu hari nanti.
Membawa sesuatu yang baru atau mengantikan apa yang hilang.
Senyumlah ibu.
Buangkan duka yang terpendam.
Bergembira sepanjang hayat yang ada ni.
Itu je doa aku hari-hari untuk kau, ibu.

Tersentak

Terpejam aku di malam ini
Setelah semua itu terjadi
Khayal aku berlari kebelakang
Untuk perbaiki semua kesalahan
Aku tak ingin lagi kesedihan hinggap disini
Biarlah kebahagian yang bersemi di jiwa
Biarkan aku sejenak tersentak untuk menghirup sedikit udara
Agar sejuknya hati ini sebelum semuanya berakhir
Tanpa aku sedari semuanya telah terjadi
Hal yang sangat menyenangkan berubah menjadi menakutkan
Hanya hitam, gelap yang bersinar
Cahaya terang mulai meredup
Bintang pun mulai tak setia akan bulan
Ketika sang malam datang menenangkan semua

Hilang

Hilang seketika semuanya
Asaku padamu
Rinduku padamu
Hilang terbawa oleh kemunafikan jiwa yang rapuh
Hilang terbawa oleh ke serakahan hati yang haus akan cinta semua
Hilang terbawa oleh titisan air mata kelaraan batin yang luka
Asaku padamu hanyalah cinta durjana yang buta
Rinduku sebatas rindu tubuh mu
Semua hilang lenyap dibawa angin
Pergi menjauh dari hatiku yang dulu hampa keranamu



21 December 2011

Meronta Lagi



Rindu Ibu & Abah macam dulu.
Entah kenapa aku tiba-tiba menolak takdir.
Dah hampir setahun mereka berpisah tapi aku yang masih tak terima kenyataan agaknya.
Aku penat nak tahan macam-macam rasa.
Aku cuba benda lain untuk gantikan perasaan ni tapi dia datang jugak.
Puas aku elak tapi timbul jugak akhirnya.
Macam pagi ni.
Tangisan yang tak terkawal di setiap sedunya.
Hanya Tuhan je tahu apa rasanya sekarang.
Rasa yang sangat teruk.
Hati pedih macam di kelar bila terkenang.
Tapi cinta mereka, siapa boleh paksa?
Mereka terima kalau Tuhan yang tentukan takdirnya begini.
Tapi aku, mampu ke nak hadap sebenarnya?



Gelap

Jika itu harapan,
Haruskah aku menunggu padinya sampai menguning?
Padahal sawah baru saja mengering dan kemarau baru bermula.
Jika ini adalah mimpi,
Haruskah aku pejamkan mata?
Agar aku lena tertidur selamanya.
Sedangkan aku harus terjaga untuk terus lanjutkan hidup.
Andaikan sayang itu seperti bunga, adakah ia mampu hidup dalam hati?
Yang gersang dan tandus, yang ada hanyalah katus yang penuh duri.
Jika bahagia tu cahaya,
Haruskah aku menjadi lilin untuk orang yang terkasih?
Yang harus habis terbakar dalam lamanya waktu,
Sedangkan aku harus tetap ada.
Semua gelap dan sepi, aku hanya sendiri.
Semua meninggalkanku dan aku hanya mampu tunggu kenangan,
kenangan yang sangat manis.
Semanis madu bercampur tuba dan aku harus nikmatinya sendiri.

Payah

Aku terus tertawa tanpa hal yang pasti
Terus membawa angan untuk sebuah ilusi yang tak pasti ada
Mengikuti terus suara angin tanpa melihat apapun
Cukup tahu apa yang di tuju tanpa mengerti apapun
Hanya dari bayang semua ingin rasa sakitnya
Semua yang berawal dari tawa akan berubah menjadi tangisan 
Yang tiada akhir dan terus berakhir
Dalam kata payah, bodoh
Untuk diri kau sendiri



Bimbang


Hati kian hari kian tak menentu
Bimbang, sepi kerana terus menunggu
Entah sampai bila aku dapat bertahan
Terus aku pendam atau harus diungkapkan?
Walau semuanya harus aku lalui dengan tangisan
Walau semuanya harus aku lalui  dengan kesedihan
Walau aku harus menitiskan air mata
Walau hati yang harus rasa terluka
Tapi aku yakin, di sana masih ada harapan
Harapan untuk capai satu rasa bahagia
Aku pasti, masih tersisa sedikit cita
Untuk aku teruskan hidup dan berjalan bersama

19 December 2011

Hmmm.

Aku tak ada niat tak baik pun sepanjang dengan kau ni.
Aku elok je jaga diri kat sini.
Aku cakap semua benda yang berlaku kat aku.
Harap kau memahami dan tak syak wasangka kat aku.
Aku harap takda yang buat perangai sepanjang masa kita bersama ni.
Aku sendiri boleh kawal semua yang datang kat aku, kau takkan tak boleh kan?
Tolong jaga hati masing-masing.
Itu je aku mintak :)

18 December 2011

Tanah & Awan.



Aku bukan jenis orang yang suka rebut atau ambil peluang yang ada depan mata.
Tapi aku suka cari peluang yang belum tentu ada untuk aku.
Walaupun ianya nampak payah dan makan masa tapi aku pasti peluang tu menunggu aku.
Macam sekarang, ia dah pun berakhir dengan senyuman dan rasa bahagia.
Masa dan jarak selalu pisahkan kita.
Aku paksa diri ni untuk faham semua yang tengah berlaku sekarang.
Kadang-kadang aku memberontak sampai hilang perasaannya.
Tapi jauh disudut hati siapa yang tau?
Mungkin kau dah jadi pagar keliling hati aku agaknya. Haha.
Sebab keras mana pun hati aku ni, aku berlembut jugak dengan tegas.
Bagi aku kita sama.
Orang kata banyak persamaan tak bagus tapi aku rasa selesa sangat :)

Hmmmmmm...
Tarik nafas panjang je bila kenangkan kau.
Apalah daya nak melawan semua yang berlaku dan perasaan keras aku ni.
Aku tak mampu. 
Aku penat dah.
Tapi aku cuba kuatkan jugak dan bersabar lagi.
Aku harap ada perkara yang lebih baik akan datang kat kita suatu hari nanti.
Aku harap ianya satu perkara yang mulia.
Mulia dari apa yang kita rasa dan punya sekarang.
Aku harap :)





Our Moments




Rindu nak ke Sunway Pyramid.
Rindu nak makan Pizza Hut.
Rindu nak tengok orang main ice-skating lama-lama.
Rindu nak makan Tutti Frutti.
Rindu nak tengok cerita hantu.
Rindu nak makan coklat Mars.
Rindu nak lepak kat pool.
Rindu nak minum air madu.
Rindu nak lepak kat Bangsar.
Rindu nak keluar tengah malam.
Rindu nak borak sampai pagi.


15 December 2011

14.12.2011







With Intang ^_^



Moustache Girl





Moustache.
Boyfriend said " macam g......g"!
Damn.



Layannn :)

Eeeeeeee.



Kenapa kau ni pompuan?
Sedar tak kau tu kawan aku?
Susah je mintak tolong aku?
Kau perasan ke tak?
Macam celaka kan kau ni -_-
Pagi-pagi dah buat aku naik darah.
Tak payah la kau nak stalker aku sangat.
Tolong jadi orang tengah sebab dia da block aku eh?
Tak perlu lah!
Konon kau pendengar setialah, apa yang dia rasa apa semua sekarang ni?
Alamak, tahun bila punya taktik ni wei?
Annoying sangatlah kau ni ^_^







12 December 2011

Sedih

Aku sedih.
Baca status kau pagi ni.
Seolah-olah kau menyesal dengan keputusan kau sendiri.
Aku terasa benda tu.
Tapi apakan daya, benda dah lepas lama.
Tak guna patah balik.
Aku pun dah ada hidup baru.
Hidup dengan seseorang yang aku harap dapat menghargai aku dan perhubungan kami.
Kau!
Kau terlalu ego, ikutkan perasaan.
Aku dah puas beralah tapi kau tetap nak ikut kepala degil kau.
Sudahlah.
Teruskan apa yang ada dan hadap je apa yang berlaku disekeliling kita.
Okay?

09 December 2011

Burn



Heavy smoker.



Bila?





Bila badan aku nak halus macam ni? -____-


Jeritan Hampa

Entah dimulai dari mana awal cerita ini.
Kadang aku cuba kuat sekeras batu karang.
Namun perlahan-lahan batu karang itu rapuh dan hancur.
Oleh deburan teriakan ombak yg menghempas.
Ternyata aku tak sekeras dahulu.
Hati ini mulai berubah.
Menjadi sakit.
Pedih tak terhingga.
Akan duka yang datang menyeksa.
Namun semua tertahan.
Tak dapat meneriak keluar dari hati aku yang tak tau apa rupanya sekarang.
Tak ada yang tau, tak ada yang peduli.
Tak ada yang mendengar jeritan aku ni.
Aku terdiam, membisu hanya dengan air mata.

Kau tau apa.
Akan duka yang menyeksa hati.
Sesak.
Resah.
Pedih.
Cukup sudah aku berbual pada dunia.
Aku tak tahan dengan semua yang bermuka.
Dunia ini fana.
Rasanya aku ingin berteriak sekuatnya.
Namun tuhan ada ada je.
Untuk apa kita ditemukan.
Jikalau kau hanya membuat aku merasa macam-macam perasaan yang tak diduga.
Akan bicara manis yang selalu dibisikkan ditelinga aku.

Kau kata aku sombong?
Kau tau apa pasal aku?
Aku terlalu naif.
Kau fikir macamtu kan?
Maaf dari aku yang tak terhingga.
Kau silap besar!
Aku terlihat sombong kerana aku tak mahu kelihatan benak terutama di depan mata kau.
Cukup sudah aku bermuka dengan semua.
Aku terlalu banyak ketawakan kenyataan.
Jika aku adalah debu.
Aku berharap angin meniup aku sampai tak terlihat apa pun sisanya.

Seperti dongeng.
Berharap akan memiliki akhir yang bahagia tapi pada akhirnya aku menyedari.
Dongeng tidak selalu memiliki akhir yang bahagia.
Dan sekarang aku tahu, aku begitu lelah untuk mengikuti alur cerita ini.
Tolong!
Bagi tau aku dimana pintu keluar?

08 December 2011

T_Y


Bosan.
Nak cakap dengan siapa?
Rasa macam nak cakap dengan langit malam ni?
Tapi tinggi sangat laa :(
Tak mampu nak naik ke atas melainkan bersujud.
Aku hampir rebah .
Tapi buat-buat kuat je.
Aku tak larat nak bertahan lagi dah.
Aku nak Kau dengar hati aku ni.
Aku dah meronta habis.
Tapi kali ni kau tak layankan apa aku mintak?
Aku dah usaha sebaiknya untuk kembalikan jiwa ni, buat apa yang disuruh ibu.
Aku nak dia. Selalu dengan aku.
Asal hidup selesa, rasa bahagia. Cukuplah.



Ya / Tak



Tak semua orang boleh buat macam apa yang kita buat.
Kita pun belum tentu boleh buat macam apa yang mereka buat.
Berkorban? Menghargai? Ada fikir semua tu?



Aku?
Aku cuba berkongsi kebendaan dan jiwa aku sendiri.
Aku cuba berkorban dan hargai apa yang ada depan mata.
Aku bukan mengungkit.
Aku bukan mengharap.
Tapi cuba tengok betul-betul.
Buka mata luas-luas.
Tengok sampai hati semua terdetik.
Aku tak kisah ia tak dibalas tapi be nice la depan mata aku/kat telinga aku.
Jangan nak tak nak je dengan aku.
Aku tak mampu cakap bila bertentang 4 mata.
Benda ni sensitive untuk semua orang termasuk aku.
Aku cuba gunakan benda ni untuk luahkan apa yang aku tak boleh cakap.
Aku tak nak ada yang terluka/terasa bila baca benda ni.
Cuma buka minda dan fahami aku.
Tu je aku mintak.







07 December 2011

Malam Pedih



Masih terbayang di ruangan mataku
Saat indah bersamamu dulu
Masihku ingat janji manismu
Bertakhta di hatiku

Di kala itu engkau lah bintang
Menyuluh malam yang kegelapan
Tetapi kini tiada lagi
Tinggal aku sendiri

Percintaan ini amat memilukan
Perpisahan ini sungguh menyakitkan
Namun apa daya terpaksa ku telan semua kepahitan

Kepiluan ini meracun hidupku
Kesunyian ini membunuh jiwaku
Tergamak kau sayang
Melihat diriku dalam kesedihan

-_-




Cinta dan keinginan untuk memiliki itu berbeza.


03 December 2011

Damn.


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Thanks, lagu ni memang buai perasaan aku kaw-kaw punya malam ni. Haha.

KOSONG

Kenapa dengan aku ni?
Tiba-tiba rasa kosong.
Tiba-tiba rasa sedih. Nak nangis pun ada.
Tapi kenapa?
Aku dah dapat apa yang aku nak.
Hati pun dah terisi dengan adanya kau.
Tapi malam ni aku rasa macam tulah.
KOSONG!
Aduh, kenapa ni?
Tak ready ke? Hilang semangat ke?
Apa pun tak rasa malam ni. Moody je.
Dia busy tapi aku tak kisah pun.
Perasaan yang tiba-tiba berubah.
Takpe la.
Aku ignore je apa aku rasa ni.
Kau jaga diri jelah kat sana.
Kita jauh.
Macam-macam boleh jadi kalau kita tak kawal perasaan masing-masing.
Macam aku, malam ni.
Tiba-tiba.
Cis.

Gulp!




Lepas layan Ombak Rindu jadi meroyan pulak.
Aduh. Tak boleh jadi ni.
Haha.
BF, aku letak kau kat tepi dulu tau :)




02 December 2011

Quote



Find some like you and i found better than you. 


01 December 2011

^_^




NI SWEETHEART SAYA 4 TAHUN LEPAS :)
CUTE KANN!!!
Loveyou,kak 


Idol and her hair. Awesome.



Terbaru. Terbaik.

Rabak



Mata dah rabak.
Edit sana sini.
Adui, banyak hiding rupanya sebelum ni.
Serabut kejap.
Nasib baik dapat cari balik, kalau tak memang bersengkang mata la haku gamaknya.
Mucuk?
Dia da ketiduran dah melayan aku pagi tadi.
Sekarang tiap-tiap hari macam tu.
Ditinggalkan tanpa kata-kata akhir. Sedih sat :(
Biasalah, dia kuat tidur.
Seharian tidur pun tak cukup lagi. Payah.
Pasrah jelah haku. Haha.
Mulut aku pun dah mula menyangap serupa naga.
Dah tiba masanya cari bantal peluk.
Nak peluk mucuk? Harapanlah. Jauh. 600+km. Pakej pegi balik. Pedih.




*************************************
Selamat datang Disember.
Hari ni dah 1 Disember 2011.
Mari menghitung untuk bulan ke-2. Haha.
Dia pun da mula prepare untuk tour.
Nak ke jb dengan kayuhan. Hehe. Comel.
Takpe saya tunggu.
Make sure awak datang dan i wish selamat sampai nanti.



*************************************

Okay, dah tiba masanya untuk saya tidur.
Good Morning Ayonggg :)
Rindu panggilan tu.

Hung & Kisses
Lebiu.
Bye.



To you, Firdaus :)