22 March 2012

Untukmu




MAAFKAN AKU.
AKU TAK BERMAKSUD APA-APA.
ITU SAJA.


20 March 2012

Sudah!



Berhenti berharap dan jangan mengharap apa-apa lagi.


19 March 2012

Rindu Matamu

Di matamu
Aku temukan
Selembar rindu dan surat cinta
Hanya saja aku tak berani membaca
Ah,
Kau lupa menulisnya untuk siapa?

Rembulan



Masih erat kusimpan begitu dengan ikhlasnya sebuah kisah tentang sepasang matamu itu rembulan terbiasa terbit disana.



Banyak Mahunya.

Kenapa cuma hati yang tak berhujung banyak mahunya? Tak berbatas khayalnya? Mungkin sampai aku hentikan semuanya nanti.  Di hela dan hembus terakhirnya. Aku sandarkan, aku rebahkan, aku serahkan.



Bukan-bukan



Tak sukanya rasa bukan-bukan.
Makin payah tidur gamaknya.
Adoi -_-"
Tak larat dah ni.
Mata sayang, tidurlah jom :/


Untung Kekasih Lama

Terasa nak membaca.
Tergerak hati nak membaca sesuatu tentang kau.
Cerita kau.
Kisah silam kau.
Ternyata aku silap rupanya.
Aku yang termakan hati sendiri nampaknya.
Aku faham, aku mengerti.
Setiap orang berbeza.
Ada lebih dan kurangnya.
Ada baik dan buruknya.
Ada cantik dan hodohnya.
Aku dapat rasa kau terlalu menyayanginya lebih dari segalanya.
Dan aku juga rasa kau takkan dapat rasa sayang macam tu untuk kali kedua.
Macam apa yang terjadi kat aku sekarang.
Aku yang terlalu menyayangi kau.
Bertungkus-lumus menyenangkan kau.
Berkorban apa saja untuk buat kau rasa selesa.
Tapi? Apa aku dapat? Apa?
Dapat tempias sayang yang tak seberapa.
Dapat hilangkan rasa sunyi yang selalu memakan jiwa.
Mulut kata tak, hati kata ya.
Betul? Ya, itulah manusia.
Manusia dayus yang selalu mengeluh tanpa rasa syukur dengan apa yang dianugerahkan.
Aku tak faham.
Kenapa dunia tak adil?
Kenapa manusia suka membeza-bezakan?
Semua orang sama.
Kau lihat, kau dengar, kau nilai.
Apa kurangnya aku? Apa lebihnya dia?
Aku tak sanggup rasa macam ni lama-lama.
Sebab aku rasa, kau tak dapat sayang aku sedalam rasa sayang aku sekarang.
Untung kekasih lama tapi sayang tak menghargai.
Rugi aku bercinta yang selalu mengecewakan hati.
Aku addicted dengan rasa macam ni.
Aku layak benar untuk selalu rasa kecewa.
Semakin kecewa bila dengan kau.
Tapi apa yang pasti, kau bukan sepenuhnya menyayangi aku.
Terasa bodoh menyayangi lelaki yang seangkatan dengannya.
Payah benar nak menhuraikannya.
Aku selalu bermain dengan ilusi untuk dapatkan bagaimana rasanya bahagia.
Tapi zahirnya? Tentu sekali tidak!
Malah aku selalu dimaki, dicaci dan bermacam-macam lagilah.
Kau puas? Puas lihat hidup aku macam ni?
Terumbang-ambing macam sampan bocor.
Huru-hara macam orang hilang anak.
Meraung-raung macam orang gila.
Kau suka kan?
Suka tengok aku terseksa, merana macam ni kan?
Tahniah dan terima kasih banyak-banyak.

18 March 2012

Sob sob :'(



Bangun tidur terus kene marah.
Sumpah terkejut.
Bila petir dan guruh tiba-tiba pun aku tak terkejut macam tu.
Sumpah makin meracau-racau.
Huarghhhh :'( 


16 March 2012

Kacau je -_-"


Penipu!
Kau main jauh-jauhlah.
Aku penatlah.
Asyik datang je, tak reti balik ke?
Dah kacau sini, kau kacau sana pulak.
Semua okay jelah.
Takda masalah apa pun.
Aku okay, semua okay.
Kau je yang datang bikin semak.
Hari-hari pulak.
Sakit kepala aku!


Buku bertemu ruas. Silap.



Kau budak mentah. 
Aku pun budak mentah.
Toksah lah nak tunjuk taring.
Gigi masing-masing pun beum habis tumbuh lagi.
So relax tak payah gelabah.
Toksah lah nak tunjuk siapa power, siapa terror.
Tapi jangan dicabar, pantang aku dengar.
Rezeki jangan ditolak.
Bala memang sealu kau jari.
Sekian.


stop hoping



Let go of what you have now. Just enough for some sense of gratitude and appreciation. 


La tragedia en su propio corazón.




Fue horrible cuando trato de sentirlo. No quiero ser capaz de contenerla más. 


12 March 2012

Kau. Pinjaman.

Aku takut.
Aku serik.
Aku sanggup sendirian disini.
Aku takut nak bercampur orang.
Orang baru yang kita tak tau asal-usulnya.
Aku takut tersilap langkah dan terlebih rasa.
Aku tak nak hilang kau.
Aku cuba jujur dan sejujurnya mengatakan apa yang berlaku disini.
Aku cuba menjaga hubungan ini sebaiknya.
Walau kadang-kadang aku rasa tak mampu tapi aku tahan dan terima semuanya.
Aku paksa untuk tahan rasa yang bukan-bukan.
Aku tak mampu nak kawal apa yang aku rasa.
Hampir gila jika aku tak membendung apa yang difikirkan.
Aku dekatkan diri padaNya untuk tenangkan diri.
Aku tau semua ni pinjaman darinya.
Jadi, ini masanya untuk hargai dan sayang dengan yang betul-betul menyayangi aku.
Terima kasih jika kaulah orangnya.

Tskk tskk :/

JARAK JAUH YANG MENYEKSAKAN.


Aku benci rasa ini.
Aku benci rasa ini.
Aku benci rasa ini.
Aku benci rasa ini.

Aku benci menunggu masa.
Aku benci menunggu masa.
Aku benci menunggu masa.
Aku benci menunggu masa.

Aku benci menanti kau.
Aku benci menanti kau.
Aku benci menanti kau.
Aku benci menanti kau.

Aku benci kehidupan yang terlalu memaksa kita memperlihatkan yang lain.

Amin :)


Aku bersyukur punya kau sekarang.
Aku rasa bahagia dan rasa suka yang tak terhingga.
Ya! Mungkin terlalu awal untuk aku perkatakannya.
Tapi ini yang aku rasa.
Aku tak patut sorok rasa ini.
Kerana orang memperlihatkan apa yang terlukis di wajah.
Suka, sedih, pedih?
Wajah yang akan menjelaskan dahulu sebelum kata-kata.
Aku gembira dipertemukan dengan kau.
Aku selesa berada disamping kau.
Aku cuba memahami keadaan dan ujian yang kita lalui sekarang.
Aku sabar dan paksa bersabar.
Kau juga begitu.
Aku menghargai dan berterima kasih dengan apa yang ada sekarang.
Ibu, adik, abah, kau dan kawan-kawan.
Segala kebendaan dan perasaan yang Allah limpahkan.
Walau ada yang cuba merosak, aku mengerti itu dugaan.
Ibu dan kau banyak tenangkan aku.
Apa lagi yang dapat aku balas selain kata terima kasih dan menyayangi semuanya.
Satu permintaan aku, aku tak bersedia untuk kehilangan orang-orang ini.
Aku harap satu hari kita dapat bersama semuanya.
Aku takkan lepaskan peluang yang betul-betul menunggu kali ini.
Ia betul-betul peluang keemasan.
Aku harus jaga dan tatap mereka sepuasnya.
Aku tak sabar nak hidup dan membesar bersama kau.
Aku harap kau yang terakhir.
Aku harap kau yang terbaik dan dapat menjaga aku nanti.
Aku perlukan kau disini tapi belum masanya mungkin.
Perasaan memaksa tapi apa yang mampu aku lakukan.
Berharap dan berdoa sepanjangnya.
Aku tak nak rasa hilang lagi.
Cukuplah dengan apa yang aku alami sebelum ini.
Ia cukup mengajar aku erti hilang dan aku penat nak hadap benda yang sama lagi.
Aku doakan untuk semua.
Semoga masing-masing saling memerlukan dan menyayangi antara satu sama lain.
Terima kasih untuk semuanya, Ya Allah :)

10 March 2012

Semangat yang tak mampu.

Kepada yang disangkar, ayuh meronta.
Kepada yang bebas terbang, hati-hatilah takut disambar petir.
Kepada sang pecinta, teruskanlah sampai rasa bahagia.
Kepada yang menyendiri, cepatlah buka mata.
Semuanya akan berubah.
Kau harus cuba dan jangan kisahkan semua yang terjadi.
Pentingkan diri bila perlu.
Ikut hati kau akan mati.
Jadi, buatlah apa saja.
Janji kau selesa.
Teruskan melangkah dan jangan mengundur lagi.