09 October 2012

Tunggang-langgang.



Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Silap kau, kau yang nak jalan yang macam ni.
Tengok sekarang, sakit, seksa, hiba kan!
Sayang tapi malang itulah perasaannya.
Tak reti bersyukur, tak reti sabar inilah makan dia.
Berat, berat. Kau tak mampu nak pikul.
Perasaan orang jangan kau main-mainkan, buruk padahnya.
Tapi aku tau bukan kau mahu buat begitu.
Kau tertekan dan bukan yang kedua itu sampingan.
Aku tau, kau tak bermaksud apa-apa.
Ini semua dugaan yang dah ditentukan.
Pahit manis kau dah banyak telan.
Kau tak sanggup tapi kau degil sangat.
Konon nak bahagia tapi apa kau dapat, setiap masa susah hati.
Ya, aku tau kau memang sayang LDR tapi tolong jaga hati kawan baik kau tu.
Dia dah mulakan macam-macam.
Dia terima kau dengan hati terbuka.
Dia kenangkan kau, setiap hari menatap pedih bila ingat kau dengan LDR.
Kau sakit tapi dia lagi pedih.
Kau fikir dalam-dalam.
Kau jangan tikam hati orang yang baru menyayangi kau.
Sakit sedihnya Tuhan yang tau.
Fikirkan.
Renungkan.
Perasaan dan pengorbanan dia, sanggup terima kau seadanya.
Sanggup berbagi semua dan paling jelas dia amat memahami kau.
Fikirlah wahai sayang.








05 October 2012

Medusa



Aku rasa bahagia pada mulanya tapi hari ni semua rasa berubah secara drastik.
Aku tak faham, kenapa jadi macam ni?
Aku tau aku ni panas-baran tapi takda lah teruk macam ni.
Nak marah tak sampai hati.
Serius aku banyak simpan sekarang. 
Pedihnya Tuhan je yang tau.
Benda ni biasa, semua orang mengalaminya cuma kita mampu kawal atau tak je.
Jenis aku banyak sifat buruk dari baik sebab tulah jadi macam ni.
Takpelah, hari ni aku biarkan hati ni dibuai laju sampailah tercampak kat mana-mana.
Siapalah yang kutip hati tu kan?
Cis, jangan berharap.
Berhenti berharap macam lagi Sheila On 7.
Tapi pedih gila wei.
Sumpah mulut aku tak habis-habis menyumpah.
Aku tau keadaan manusia yang tak pernah puas.
Mana-mana manusia pun sama.
Sekarang hati dah bercabang dua. 
Makin serabut lah nakkkk!
Aku nak dia, aku nak dia.
Mana mungkin aku dapat dua-dua. 
Hati ada satu so kene pilih satu jelah kan.
Aku kering idea tapi rasa macam-macam. 
Nak sampaikan pun dah tak tau macam mana lagi dah.
Penat, tak sampai hati semua ada.

Sekian.