Aku sakit ada kat sini.
Keadaan dan persekitaran buat aku makin parah.
Aku tak tau sampai bila aku boleh bertahan.
Selagi boleh layan aku layan.
Aku dah tahap kritikal.
Buat-buat kuat je. Ketawa-ketawa semua.
Takda sapa yang tau hal yang sebaliknya.
Aku hilang kau dan kawan-kawan kau. Aku tak kisah.
Aku benci kau. Mulut kau. Macam jahanam.
3 tahun dengan kau betul-betul menyeksakan.
Tuhan je yang tau perasaan aku.
Aku cuba pulihkan keadaan dan masa tu mungkin aku takut hilang kau.
Aku cuba tepis apa yang org kata pasal kau. Aku diam.
Bila aku tanya, kau tak pernah pun nak jawab dgn baik.
Aku tak mintak hidup mewah, kaya-raya kat dunia ni.
Aku cuma nak hidup selesa bersama kau pada masa tuu.
Aku tak tau apa yang tak cukup lagi.
Makan? Pakai? Semua ada.
Yang takda usaha kau je. Semua doa kau Tuhan makbulkan. Apa lagi yang kau nak?
Belajarlah bersyukur sikit dan jangan mengeluh. Aku rimas dan sedih.
Aku betul-betul terseksa.
Aku cuba pujuk hati dan perasaan ni.
Sampai satu hari aku jumpa 'geng' aku.
Dan mungkin kau perasan perubahan aku kan!
Bagi aku kau dgn dia sama je. Basikal jugak.
Cuma dia aku rasa macam ada lain sikit nak dibandingkan dgn kau dan puak kau.
Aku stress tapi sejak kenal dia, aku rasa happy sikit.
Dia yang mendengar,memujuk,bg pendapat.
Kami sering berhubung,aku tau kau cemburu tapi apa kan daya.
Itu je benda yang boleh buat aku tersenyum.
Aku betul-betul terasa pada awal bulan Ogos.
Hari lahir kau. Sorry aku tak dapat tunaikan apa yang dijanjikan.
Kau kecewa kan? Itulah yang aku rasa sepanjang aku dgn kau.
Aku tak kisah. Aku diam je.
Tapi bila kau kene,kau da boleh duduk depan cermin 24 jam da wei.
Buat muka je. Aku tak suka.
Kadang-kadang aku rasa aku ni macam baruah kau pun ada.
Sanggup je buat itu ini untuk kau tapi kau buat apa untuk aku?
Hari-hari kata penat,sedangkan kau punya masa tdo kalah bayi.
Aku bukan nak bandingkan kau dgn aku.
Tapi aku perempuan,gf kau.
Sepatutnya kau yang berkerja lebih untuk hidup bukan aku.
Mungkin bunyi-bunyi aku kat sini macam mengungkit tapi
aku sebenarnya just nak luahkan apa yang aku rasa selama dgn kau.
Takda siapa tau :(
Itu yang aku kecewa sgt.
Aku ada share kat kalangan kawan-kawan kau tapi tak bukan semua benda.
Semua sejeniskan. Mana nak nampak.
Patern kau pulak memang tak nak mengaku salah sendiri memang payah la jawabnya.
Takkan 24 jam aku nak mengalah then diam je apa kau walaupun salahkan?
Aku ada mata,ada telinga.
Aku nampak cara kau dan dengar apa org cakap tapi aku buat tak nampak buat pekak je.
Aku masih boleh bercakap dan bergerak.
Aku nasihat bukan membebel tapi beragak jgn sampai tgn aku naik.
Aku sepatutnya boleh latih kau jadi lebih baik.
Aku tak nak org kata kau bukan-bukan. Sebab tu aku bertahan.
Kalau aku jahat dah lama aku tinggalkan kau.
Aku penat la jaga kau.
Kau=GF Aku=BF
Semua org cakap macam tu.
Tapi kau pernah renung balik tak?
Apa yang kita lalui start 1 Oktober 2008?
Susah senang?
Ketawa nangis sama-sama dulu?
Aku tak kisah. Aku redha kalau takdir kita macam ni.
Takda jodoh. Aku terima dgn hati terbuka.
Tapi ini bukan caranya kawan-kawan kau buruk2 kan aku.
Bila aku tanya kau tak pernah nak explain pape kan?
Kenapa?
Susah sangat ke nak berterus terang?
Teruk sangat ke aku ni kat mata kau?
Lepas tu nak menganjing-nganjing semua apa cerita wei?
Tak perlulah nak ugut-ugut bagai. Tuhan tu sentiasa dengan aku. Dengan kau juga.
Kau terlalu ego sebab tu timbul perasaan macam-macam.
Cemburu. Iri hati. Dengki.
Orang tak nampak kau macam tu tapi aku nampak sepanjang 3 tahun aku kenal kau.
Belajar dari kehidupan bukan ikut hati tapi ikut otak wei!
Sekarang ni aku berhak buat apa yang aku nak.
Hidup aku bukan urusan kau lagi.
Harap kau memahami.
Aku baik dgn org, kalau org baik dgn aku.
Aku minta maaf atas semuanya.