22 December 2011

Ibu

Maaf yang aku harus dahulukan untuk segala rasa.
Beribu dosa aku yang belum tentu terampun lagi.
Aku kesedihan mengenangkan kau disana.
Maaf, aku tak dapat bersama kau sekarang.
Aku nampak kau letih nak melayan karenah aku.
Kehendak, peragai dan bahasa yang kadang-kadang melukakan.
Jauh di sudut hati, teringin sangat melihat kau ketawa tanpa kekusutan yang cuba kau selindung.
Kau lalui bermacam kisah hidup yang kebanyakkannya pahit.
Yang manisnya boleh dihitung.
Dengan keadaan nenek yang bermacam ragam.
Kasih sayang suami jauh sekali.


Ibu,
Aku tak tau apa yang boleh buat kau rasa terus bahagia sepanjang hayat kau yang ada ni.
Aku buntu.
Dengan keadaan aku yang terumbang-ambing lagi disini.
Aku belum bersedia mahu kembali pulang.
Seharusnya aku bersama kau tapi aku dah menyimpang jauh, nak patah balik pun payah dah.
Aku teringin sangat nak dengar keluhan kau yang semakin tebal dalam hati.
Kau terlalu banyak memendam.
Terpamer segalanya di raut wajah walaupun kau tersenyum.


Ibu,
Aku tak tau apa caranya?
Yang boleh buat kau terasa bahagia
Yang boleh menghilangkan segala kekusutan yang ada.
Yang boleh kau lupakan segala kenangan silam.
Terlalu banyak pedihnya dari suka.
Aku tak berani nak bercakap tentang ini bila berhadap.
Takut menitik air mata kau.
Aku cuba karangkan sesuatu supaya kau dapat jelaskan apa yang aku tak tau.
Aku tersedu-sedu lagi macam semalam, menulis dan mengenangkan semua benda.
Satu demi satu aku hidupkan semula, aku rasakan perasaannya.
Ternyata, banyak yang melukakan.


Ibu,
Doakan aku dapat bersama kau semula suatu hari nanti.
Membawa sesuatu yang baru atau mengantikan apa yang hilang.
Senyumlah ibu.
Buangkan duka yang terpendam.
Bergembira sepanjang hayat yang ada ni.
Itu je doa aku hari-hari untuk kau, ibu.