27 December 2011

WDB






Wild Dogs Brigade, Good Luck guys.
Ride safely.

Click here for more info -------> Tour of Peninsular (TOP)




*_*



Boleh ke aku teruskan semua ni?
Dengan rasa dan keadaan macam ni?
Sumpah keliru, kusut gila aku.
Apa sebenarnya yang jadi nanti?
Tolong bagi aku klu dan aku dah boleh siap sedia dari sekarang.
Mood hancur la, kalau hari-hari macam ni.


Awak.



Kalau tak boleh jangan paksa.
Saya yang terasa seksa kat sini.
Saya memang macam ni.
Saya tak tau nak ubah yang mana, yang macam mana lagi?
Saya rasa saya dah cukup menjaga.
Dan kalau awak tak suka/rimas bagi tau je.
Bagi tau je.
Jangan pulak tiba-tiba buat kejutan macam malam tadi. 
Serius, terkejut gila.
Itu baru amaran pertama.
Saya yang cuak gila sekarang. Tskkk tskkkkk :(


-_-

Dalam erti kata lain, aku ni payah.
Bila bercakap, orang bosan dengar celoteh aku.
Bila pendam, inilah jadinya.
Baru tertidur tak sampai sejam dah terbawak dalam mimpi.
Aku rimas. Aku semak.
Nak simpan-simpan benda yang aku patut tau walaupun tak penting.
Mata mengantuk tapi nak sambung tidur macam mana?
Soalan belum ada jawapan?
Fikirkan.
Apa agaknya yang semak sangat kat kepala aku?
Aku ni agak complicated orangnya.
Semua benda aku nak tau dengan terperinci.
Sampai aku puas hati.
Dan sekarang hati aku belum rasa puas tapi aku cuba jugak pendam.
Biarlah, apa pun yang aku rasa.
Aku jugak yang telan nanti.
Semoga tidurku nanti dapat petunjuk apa sebenarnya yang terjadi?
Jangan harapkan peluang kedua dan jangan sesekali tipu diri sendiri.
Itu je pesanan untuk malam ni :)

25 December 2011

Rasa

Ia telah mengenyam derita dan tiran rasa
Ia mencuba tersenyum di bawah kepedihan
Desahannya adalah kepiluan yang terkomplikasi
Ia meletakan kondisi sehingga hatinya terkondisi

Ia derai air matanya hingga melaut dengan kesedihan
Ia membenci dan mengutuk hukum perasaan manusia
Ia terlahir dari pola fikiran dan kebijaksanaan setelah derita
Setelah ini, ia harus membangun jiwanya

Kekasihnya adalah dirinya sendiri
Ia bakar segala ketamakan dan kemunafikan
Yang kerap kali ia tak mampu melihat jiwanya
dan ia bahagia kerana rasa

Wanita ;- Akal Senipis Rambutnya

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. 
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. 
Masih mencari walau ada segalanya. 
Apa yang tiada dalam syurga? 
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. 
Untuk diluruskan oleh lelaki. 
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, 
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, 
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. 
Didiklah mereka dengan panduan darinya. 
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, 
kerana nantinya mereka semakin liar.

Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, 
kerana nantinya mereka akan semakin derita. 
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. 
Di situlah punca kekuatan dunia. 

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. 
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman.
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya.
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabbyna. 
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.
Ia bukan diskriminasi Allah, sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya.
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan.
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus.
Bahkan akan semakin membengkok.
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya.

Bila wanita menjadi derhaka, pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara.
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata.
Tapi binalah kepimpinan.
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya.

Jinakkan diri kepada allah.
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu.
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah 

Bimbang, Gelisah

Disini aku menanti
Bersama perasaan bimbang dan gelisah
Bimbang kerana kau jauh
Gelisah kerana kau bukan berada disisi

Pernahkah kau tau?
Apa yang aku rasa sekarang ni?
Aku gelisah, aku bimbang
Menanti kepastian

Aku selalu berharap
Kesetian mendampingi 
Supaya aku tak rasa lagi 
Perasaan yang kurang yakin yang selalu datang dalam perasaan ni

Cermin Diri



Ketika aku berdiri bagaikan sebuah cermin jernih di hadapanmu,
Kamu memandang ke dalam diriku dan melihat bayanganmu. 
Kemudian kamu berkata, Aku cinta kamu.
Tetapi sebenarnya, kamu mencintai dirimu dalam diriku

Hutang Kehidupan



Periksalah buku kenanganmu semalam, dan engkau akan tahu bahwa engkau masih berhutang kepada manusia dan kehidupan.


Hujan dan Musibah

“Tuhan turunkan hujan, untuk membuat pelangi muncul disebalik awan. Tuhan turunkan musibah, untuk mendesak Anda supaya berubah”.
Tahukah Anda, sikap Anda, perangai dan jati diri Anda tidak akan pandai berubah melainkan didesak untuk berubah oleh keadaan sekeliling?
Sebagai manusia, Anda tetap akan memerlukan sesuatu untuk merubah diri.
Anda perlukan cabaran untuk Anda maju ke hadapan.
Anda perlu musibah untuk membuat Anda berubah.
Tidak pula Anda meminta diturunkan musibah, sebaliknya dengan menghadapi musibah yang melanda, Anda akan mempelajari sesuatu yang baru.
Dari sinilah bermulanya proses penambahbaikan diri Anda dari tahap lama ke tahap baru.
Sebab, musibah membuat Anda merubah sikap, kata-kata, fikiran dan perbuatan. Kenapa begitu?
Masalah tidak akan selesai bila Anda masih dengan sikap lama, kata-kata lama, stail fikiran lama dan perbuatan lama.
Anda mesti ubah ke sikap baru, kata-kata baru, stail fikiran baru dan perbuatan baru.
Masalah sementara saja.
Namun masalah akan kekal apabila Anda tidak berubah. Bersangka baiklah dengan masalah.
Setiap masalah ada kebagusannya tersendiri, iaitu membuat Anda berubah menjadi orang baru dengan sikap baru yang dua kali ganda lebih bagus dari dulu.
Mulai sekarang, apabila Anda dilanda masalah, fokuskan fikiran kepada penyelesaian masalah. Fokuskan perbuatan kepada menyelesaikan masalah, bukan meratapi masalah.
Hanya orang terpilih saja yang akan dilanda masalah, sebab dari masalah itu dia akan berubah menjadi orang baru dengan sikap baru, attitude baru, perangai baru.
Sikap bersangka baik sepanjang masa pasti akan menguntungkan Anda.
Sikap bersangka buruk sentiasa merugikan Anda.


Fikiran Dan Samadi

Hidup menjemput dan melantunkan kita dari satu tempat ke tempat yang lain; Nasib memindahkan kita dari satu tahap ke tahap yang lain. Dan kita yang diburu oleh keduanya, hanya mendengar suara yang mengerikan, dan hanya melihat susuk yang menghalangi dan merintangi jalan kita.

Keindahan menghadirkan dirinya dengan duduk di atas singgahsana keagungan; tapi kami mendekatinya atas dorongan Nafsu ; merenggut mahkota kesuciannya, dan mengotori busananya dengan tindak laku durhaka.

Cinta lalu di depan kita, berjubahkan kelembutan ; tapi kita lari ketakutan, atau bersembunyi dalam kegelapan, atau ada pula yang malahan mengikutinya, untuk berbuat kejahatan  atas namanya.

Meskipun orang yang paling bijaksana terbongkok kerana memikul beban Cinta, tapi sebenarnya beban itu seiringan bayu pawana Lebanon yang berpuput riang.


Kebebasan mengundang kita pada mejanya agar kita menikmati makanan lazat dan anggurnya ; tapi bila kita telah duduk menghadapinya, kita pun makan dengan lahap dan rakus.

Tangan Alam menyambut hangat kedatangan kita, dan menawarkan pula agar kita menikmati keindahannya ; tapi kita takut akan keheningannya, lalu bergegas lari ke kota yang ramai, berhimpit-himpitan seperti kawanan kambing yang lari ketakutan dari serigala garang.

Kebenaran memanggil-manggil kita di antara tawa anak-anak atau ciuman kekasih, tapi kita menutup pintu keramahan baginya, dan menghadapinya bagaikan musuh.

Hati manusia menyeru pertolongan ; jiwa manusia memohon pembebasan ; tapi kita tidak mendengar teriak mereka, kerana kita tidak membuka telinga dan berniat memahaminya. Namun orang yang mendengar dan memahaminya  kita sebut gila lalu kita tinggalkan.

Malampun berlalu, hidup kita lelah dan kurang waspada, sedang hari pun memberi salam dan merangkul kita. Tapi di siang dan malam hari, kita sentiasa ketakutan.

Kita amat terikat pada bumi, sedangkan gerbang Tuhan terbuka lebar. Kita memijak-mijak roti Kehidupan, sedangkan kelaparan memamah hati kita. Sungguh betapa budiman Sang Hidup terhadap Manusia, namun betapa jauh Manusia meninggalkan Sang Hidup.


- Khalil Gibran

Pengaruh



Jasad entah kemana.
Akal dah tunggang terbalik.
Hati teawang-awang.
Nak bagi nama saintifik pun susah.
Adui -_-"

Bakal Tahun Baru



Terlalu genting dah waktu dan harinya.
2012 bakal menjelma.
Adakah semuanya bersedia atas semua kemungkinan yang sering diperkatakan?
Harap semuanya baik-baik saja lah.
Takda yang merisaukan dan memeningkan.
Dari sekaranglah kita dekatkan diri padaNya.
Mungkin masa dah tak cukup.
Semua yang diperkatakan itu jangkaan.
Siapa tahu kalau itu ada benarnya?
Jadi, bersiap sedia saja lah.

Selamat Malam



Matahari telah padamkan sinarnya,memisahkan kita setelah bersama.
Menjalani hari yang panjang,kini bulan telah hadir dengan indahnya.
Gemerlapan bintang yang bertabur di langit gelap malam ini.
Di sini di tempat yang sunyi ini aku sendiri,kesepian tanpa ada kau di sisi.
Aku hanya termenung di bawah sinar bulan dan bintang.
Ketika mata ini mulai terpejam aku ingin titipkan rasa rindu.
Melalui bulan dan bintang di langit, tak lupa aku untuk ucapkan selamat malam.
Semoga kita berjumpa di alam mimpi kita yang indah bersama bulan dan bintang.
Selamat Malam Cinta.
Aku tunggu kau di mimpi aku nanti.

23 December 2011

Berbaur

Macam-macam kenangan bermain di fikiran.
Tapi banyak rasa takut nak di bandingkan rasa suka.
Mungkin aku trauma bila teringatkan kau.
Aku serik bila terasa sakit.
Di maki, di pukul.
Aku takut semuanya berulang lagi.
Aku sakit bila sendiri.
Macam sekarang, macam-macam perasaan yang datang.
Semuanya megingatkan.
Semuanya datang dan hilangkan rasa suka yang ada.
Hilang segala senyuman untuk hari ini.
Aku takut.
Aku takut hilang lagi apa yang aku sayang.