12 March 2012

Amin :)


Aku bersyukur punya kau sekarang.
Aku rasa bahagia dan rasa suka yang tak terhingga.
Ya! Mungkin terlalu awal untuk aku perkatakannya.
Tapi ini yang aku rasa.
Aku tak patut sorok rasa ini.
Kerana orang memperlihatkan apa yang terlukis di wajah.
Suka, sedih, pedih?
Wajah yang akan menjelaskan dahulu sebelum kata-kata.
Aku gembira dipertemukan dengan kau.
Aku selesa berada disamping kau.
Aku cuba memahami keadaan dan ujian yang kita lalui sekarang.
Aku sabar dan paksa bersabar.
Kau juga begitu.
Aku menghargai dan berterima kasih dengan apa yang ada sekarang.
Ibu, adik, abah, kau dan kawan-kawan.
Segala kebendaan dan perasaan yang Allah limpahkan.
Walau ada yang cuba merosak, aku mengerti itu dugaan.
Ibu dan kau banyak tenangkan aku.
Apa lagi yang dapat aku balas selain kata terima kasih dan menyayangi semuanya.
Satu permintaan aku, aku tak bersedia untuk kehilangan orang-orang ini.
Aku harap satu hari kita dapat bersama semuanya.
Aku takkan lepaskan peluang yang betul-betul menunggu kali ini.
Ia betul-betul peluang keemasan.
Aku harus jaga dan tatap mereka sepuasnya.
Aku tak sabar nak hidup dan membesar bersama kau.
Aku harap kau yang terakhir.
Aku harap kau yang terbaik dan dapat menjaga aku nanti.
Aku perlukan kau disini tapi belum masanya mungkin.
Perasaan memaksa tapi apa yang mampu aku lakukan.
Berharap dan berdoa sepanjangnya.
Aku tak nak rasa hilang lagi.
Cukuplah dengan apa yang aku alami sebelum ini.
Ia cukup mengajar aku erti hilang dan aku penat nak hadap benda yang sama lagi.
Aku doakan untuk semua.
Semoga masing-masing saling memerlukan dan menyayangi antara satu sama lain.
Terima kasih untuk semuanya, Ya Allah :)